KUCHING, 20 MAC: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 12 lokasi berisiko berlaku kemalangan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sempena Aidilfitri akan datang.
IPOH, 18 MAC: Dua beranak rentung selepas treler sarat dengan muatan pasir dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lagi treler yang sarat dengan muatan kapas lalu terbakar dalam kemalangan di Kilometer 331.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pagi tadi.
BATU PAHAT, 16 MAC: Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Yong Peng, pagi semalam.
ALOR GAJAH, 14 MAC: Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Bulatan Seri Bayan, Durian Tunggal, di sini malam tadi.
SEREMBAN, 10 MAC: Anggota polis lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan lori di di KM 9 Jalan Gemencheh-Batang Melaka, dekat sini malam tadi.
ALOR SETAR, 7 MAC: Dua remaja lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Jalan Tanjung Bendahara, di sini malam tadi.
SEREMBAN, 7 MAC: Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Height menghala ke Paroi, di sini malam tadi.
KUALA LUMPUR, 3 MAC: Suami isteri warga emas ditahan malam tadi bagi membantu siasatan kes langgar lari di kawasan berhampiran Bandar Teknologi Kajang, dekat sini pada 28 Februari lalu.
GEORGE TOWN, 2 MAC: Tujuh sekeluarga nyaris maut selepas kereta Toyota Innova dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang elektrik dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Uban di sini hari ini.
NILAI, 26 FEB: Seorang juruteknik wanita maut apabila kereta dipandunya terlibat kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk dua lori tanpa muatan di Jalan Persiaran Nilai di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 26 FEB: Usaha mengurangkan kemalangan maut melibatkan lori, isu penyakit kerap dituntut dalam insurans perubatan dan trend kematian kanak-kanak di pusat asuhan antara tumpuan utama Dewan Rakyat, hari ini.
PUTRAJAYA, 24 FEB: Murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Presint 11(1) yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya di sini selepas terlibat dalam kemalangan minggu lalu, kini stabil.
KLUANG, 23 FEB: Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di Kilometer 84, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini, tengah malam tadi.
PUTRAJAYA, 19 FEB: Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.
NIBONG TEBAL, 18 FEB: Dua beradik cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di susur masuk ke Jalan Besar Sungai Bakap di sini hari ini.
SHAH ALAM, 17 FEB: Tindakan pantas anggota polis yang terlibat dalam kemalangan antara sebuah kereta dan trak polis di Jalan Bukit Cherakah, Klang pagi tadi berjaya menyelamatkan nyawa seorang mangsa daripada terbakar.
BENTONG,17 FEB: Seorang daripada empat pengguna jalan raya yang cuba membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila maut dirempuh kereta yang hilang kawalan di Kilometer 69.2, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini, semalam.
SEREMBAN, 13 FEB: Lima lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 6 Jalan Bahau-Rompin malam tadi.
KULAI, 9 FEB: Pemandu bas dan 21 penumpang cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan lori di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) di sini pagi tadi.
KOTA BHARU, 7 FEB: Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, dekat Sungai Sam, Kuala Krai petang tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.